Nabi Muhammad SAW adalah Idolaku Religi Pagi Satrio,M.A RRI Tanjungpinang

150 Lihat

TANJUNGPINANG KEPULAUAN RIAU : Agenda mingguan rutin bersama Satrio,MA Pro 1 RRI Tanjungpinang dalamagenda religi pagi setiap Senin 18 Oktober 2021 pukul 05.00 – 06.00 wib .Untuk senin besok dengan tema “Nabi Muhammad SAW adalah Idolaku “

Sebagaimana yang kita maklum bahwa Rasulullah SAW Sudah Seharusnya Menjadi Idola Sebagai umat Nabi terakhir, tentu kita sudah sepantasnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai sosok idola. Sosok yang dikatakan sebagai suri tauladan terbaik. Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan beliau sekalipun. Karena bagi kita yang menjadikan Islam sebagai jalan hidup, maka langkah terbaik yang dilakukan untuk mengenal Islam adalah langsung dari sang pembawa Islam itu sendiri. Dan akan sangat aneh ketika kita mencoba mengambil pelajaran dari beliau tanpa mengenal beliau, ataupun tanpa mengidolakan beliau. Dengan mengidolakan Rasullullah SAW, seolah menjadi katalisator seseorang dalam mempelajari Islam. Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Anas Ibnu Malik ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh beruntung sekali orang yang beriman kepadaku dan pernah melihatku, sungguh beruntung sekali orang yang beriman kepadaku dan belum pernah melihatku sampai tujuh kali.” Hadis tersebut membawa kabar gembira untuk kita umat Nabi Muhammad SAW di zaman sekarang, yang tidak pernah sekalipun bertemu beliau. Kita jauh lebih beruntung dari umat terdahulu yang beriman kepada Rasulullah SAW dan telah melihat beliau, namun, dengan syarat bahwa kita harus beriman kepada Rasulullah SAW. Bahkan, Nabi SAW mengulang sampai 7 kali, seolah hal ini benar-benar menekankan bahwa kita adalah umat yang beruntung. Baca Juga  Biosentrisme, Memastikan Kelangsungan Ras Manusia Dalam beriman kepada Rasulullah SAW, salah satu indikatornya adalah adanya rasa cinta kepada Rasulullah SAW di dalam hati kita. Namun, mari kita jujur bertanya kepada hati kita masing-masing. “Sudahkah kita mengidolakan Rasulullah?” Atau minimal, “Sudahkah kita mengenal Rasulullah?” Jangan-jangan kita sebagai manusia malah menjadikan makhluk lain sebagai idola nomor 1 kita daripada Nabi Muhammad SAW, Rasul kita sendiri. Di zaman sekarang, kita telah banyak membiaskan kecintaan dan juga keidolaan kita. Sedikit dari kita yang benar-benar mengidolakan Sang Uswatun Hasanah. Sedangkan, banyak dari kita yang mengidolakan artis atau penyanyi atau siapapun yang sama sekali tidak membuat kita tergerak untuk mempelajari Islam. Kita terlalu disibukkan dengan hal yang sifatnya duniawi, sehingga kita lupa dengan Rasul kita sendiri. Padahal di hari akhir nanti Rasulullah SAW lah yang mampu memberi syafaat kepada kita, bukan artis ataupun penyanyi yang kita kenal maupun kita idolakan. Dan bagaimana mungkin kita mendapatkan syafaat dari Rasulullah SAW, sedangkan kita tidak mengenal dan mengidolakan beliau? Mencintai Rasulullah, Merasakan Manisnya Iman Dari Anas bin Malik ra., dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Ada tiga perkara yang apabila perkara tersebut ada pada seseorang, maka ia akan mendapatkan manisnya iman, yaitu (1) barangsiapa yang Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari selain keduanya, (2) apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya karena Allah. (3) Ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana ia benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.” Hadis tersebut menunjukkan betapa pentingnya kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah SAW. Dari kecintaan itulah, kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW akan merasakan manisnya iman, dan juga menjadikan kita mempelajari Islam secara lebih dalam. Baca Juga  Khilaf dalam Berkhilafah Cara agar Mudah Mencintai Rasulullah Dalam mengidolakan Rasulullah SAW, memang dibutuhkan proses dan keteguhan hati yang dilakukan dengan segenap jiwa. Harus ada kesadaran dan keinginan untuk mencintai Rasulullah SAW di hati kita. Sehingga, kita akan sebisa mungkin mengenal Rasulullah SAW secara lebih dalam. Ketika seseorang mengidolakan seorang artis, maka ponsel mereka akan penuh dengan foto-foto artis yang mereka idolakan, selalu mencari kabar terbaru dari artis tersebut, hingga mencoba menjadi seperti artis yang mereka idolakan. Hal tersebut lama-kelamaan akan menambah kecintaannya kepada artis tersebut. Sama halnya untuk mecintai Rasulullah SAW, cara yang kita perlu lakukan adalah dengan membaca kisah-kisah beliau, momen-momen hidup beliau yang menggetarkan jiwa, tentang kehidupan beliau. Sehingga, kita akan lebih mengenal dan mengidolakan beliau. Dengan kecintaan dan keidolaan itulah, kita akan semakin tergerak untuk mempelajari Islam lebih lanjut, meneladani Rasulullah SAW, dan menjadi umat yang menantikan syafaat Rasulullah SAW di hari akhir nanti..

Dari segi Peribadi mulia yang dimiliki baginda Nabi Muhammad SAW bukan sahaja dikagumi umat Islam sendiri malah turut dikagumi golongan bukan Islam. Baginda sentiasa mempamerkan sikap sopan-santun, lemah-lembut dan memberikan layanan yang baik kepada semua orang tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam. Oleh kerana keperibadian mulia baginda Rasulullah SAW, ramai golongan bukan Islam pada zaman baginda telah memeluk agama Islam kerana terpegun dan jatuh hati dengan akhlak yang dimiliki baginda. Antara kisah yang masyhur ialah kisah baginda dengan seorang perempuan tua berbangsa Yahudi. Perempuan tua itu seringkali meletakkan najis dan duri di hadapan rumah baginda. Namun, baginda Rasulullah SAW sentiasa bersabar.

Sehinggalah pada suatu hari baginda mendapati tiada kotoran di hadapan pintu rumah baginda. Maka, ketahuilah baginda SAW bahawa perempuan itu telah jatuh sakit lalu baginda telah pergi menziarahinya. Sikap baginda yang sentiasa sabar dan berbuat baik sesama manusia telah mendorong perempuan yang sering menyakiti baginda itu memeluk Islam kerana terkesan dengan akhlak mulia yang dimiliki baginda. Cukup tinggi budi pekerti baginda Rasulullah SAW.

 Berdasarkan kisah tersebut, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk saling hormat-menghormati dan berbuat baik kepada setiap manusia, tidak kira Islam atau bukan Islam. Bahkan, baginda Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh kita bermusuhan hanya kerana seseorang itu tidak seagama dengan kita. Betapa indahnya akhlak baginda yang sentiasa berbuat baik kepada setiap manusia tanpa mengira bangsa atau agama. Malah, keindahan akhlak Rasulullah SAW turut disebut di dalam Al-Quran; “Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah Al-Qalam, ayat 4).

 Ketinggian akhlak dan keunggulan Rasulullah SAW terus dikagumi umat Islam walaupun baginda telah lama wafat. Bahkan, Allah SWT menyuruh kita mencontohi dan meneladani akhlak baginda SAW kerana kesempurnaan akhlak yang dimiliki baginda. Firman Allah SWT; “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Al-Ahzaab, ayat 21)

Meneliti khutbah terakhir sebelum berakhirnya usia baginda menyedarkan kita betapa kasihnya baginda terhadap kita semua sehingga menitis air mata Abu Bakar kerana beliau mengetahui bahawa Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya. Pengisian khutbah terakhir baginda banyak mengandungi nasihat untuk sekalian manusia menandakan bimbangnya baginda terhadap umat Islam yang bakal ditinggalkan. Tiada apa yang lebih dikhuatiri baginda selain akidah umatnya sehinggakan pada akhir hayat baginda, tidak lekang di bibir baginda menyebut umatku, umatku, umatku. Betapa kasih dan cintanya baginda Nabi Muhammad kepada kita. Tanyalah diri kita apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW?

 Ayoklah kita menjadi umat kesayangan baginda dengan mencontohi keperibadian baginda yang begitu indah dan mengenang kembali segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda kerana tanpa rindu dan cinta baginda SAW kepada kita semua, tidak mungkin kita dapat mengecapi nikmat terbesar yang Allah SWT sediakan kepada kita iaitu Iman dan Islam. Dalam meniti kehidupan di dunia, kita hendaklah mencontohi keunggulan akhlak junjungan besar kita, Rasulullah SAW yang berpandukan syariat Islam. Ketika Siti Aisyah ditanya oleh para sahabat tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau menjawab dengan singkat: “Akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Qur’an.”

 Hal ini kerana akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai Al-Quran. Oleh itu, kita diseru untuk menghayati kehidupannya, pengajarannya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita kerana Rasulullah merupakan contoh teladan yang terbaik sepanjang zaman. Sesungguhnya orang yang mencintai Rasulullah dan selalu berselawat kepadanya akan menjadi orang yang paling dicintai baginda dan menduduki tempat yang hampir dengannya pada hari akhirat nanti.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia.” (Hadis riwayat Anas RA)

Demikian ketaludanan Nabi Muhammad SAW,Beliau adalah idola bagi kita semua,Sudah sepatut bagi kita untuk mencontoh dari semua hal dari ketauladanan Beliau.

Mungkin Anda Menyukai

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *